Assalamualaikum. Blog ini merupakan kompilasi resepi-resepi yang bersumberkan dari pelbagai saluran sama ada dari blog masakan dan resepi, muka buku... atau orang perorangan. Blogger hanya menyalin semula dan masukkan ke dalam blog ini untuk semua yang meminati untuk masak bagi pelbagai tujuan. Semoga penyumbang dan ilmu yang disampaikan mendapat keberkatan dari Allah.... dan pahala yang berganda...... maka dengan itu tolonglah sebar2kan resepi ini kepada semua. SELAMAT MENCUBAAAA
Monday, 22 September 2014
Friday, 19 September 2014
CAKOI
Cakoi Pasar Malam
1 kg Tepung Gandum
11 g Yis Segera Mauripan (1 pkt)
1 bj Telur
3 cmb Gula
3 cmt Garam
6 cmb Baking Powder
650 – 750 ml Air
½ cwn Minyak Masak
Minyak Masak yang banyak untuk menggoreng
Tepung gandum untuk ditabur
Cara membuat Cakoi Pasar Malam
Campurkan yis segera dan baking powder bersama tepung gandum dan gaul rata.
Kacaukan gula, garam dan telur kedalam air sehingga larut.
Campurkan campuran tepung dan campuran air tadi sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan senduk sehingga mendapat adunan yang sangat lembik.
Masukkan pula minyak masak dan kacau sehingga adunan berkilat dan minyak tergaul sebati.
Tutup adunan dan biarkan mengembang sekurang-kurangnya 4 jam.
Setelah kembang, kacau sedikit lagi adunan untuk mengeluarkan udara dan biarkan mengembang setengah jam lagi sebelum boleh digunakan
Taburkan tepung gandum diatas meja menebar. Ambil sedikit adunan, dan taburkan lagi tepung diatasnya supaya doh tidak melekat.
Leperkan menggunakan penggelek menjadi bentuk memanjang setebal ½ -1 cm dengan lebar lebih kurang 10 cm.
Potong adunan kepada beberapa bahagian selebar 2 – 3 cm.
Gunakan lidi yang dibasahkan dengan air dan sapukan air pada adunan yang siap dipotong tadi. Satu garisan sudah mencukupi.
Pasang-pasangkan adunan dengan menindihkan 2 doh. Garisan air tadi akan melekatkan dua adunan tadi. Tekan sedikit supaya ia melekat kuat.
Panaskan minyak masak yang banyak dengan api sederhana.
Apam Gula Merah
Bahan-bahan :
125gm gula pasir
150ml air
250 gm tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
1 biji telur
100 ml minyak masak
Papercup secukupnya.
Cara-cara :Sediakan acuan dan panaskan kukusan.Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).
Thursday, 18 September 2014
Roti yg mudah
RESEPI ROTI
250gm tepong roti high protein
50gm marjerin
50gm gula castor
1 biji telor
1 sudu kecik yis kering
1/2 sudu kecik garam
100ml air suam
CARA
Larutkan gula dgn air suam dan lps tu campurkan yis kering dan kacau...biarkan sampai berbuih ye
Masukkan semua bahan2 yg lain kedalam mangkuk dan uli dgn nencurahkan sedikit2 air yis dan gula tadi...uli dgn tangan hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan
Perap doh dlm plastik selama 30 minit utk kembangkan
Lepas tu uli sekejap dan bulat2kan dan letak dlm loyang yg telah digris dgn marjerin
Sapu atas roti dgn kuning telor dan taburkan kepingan badam ye
Lepas tu perap dlm 1 jam dgn menutup loyang dgn plastik
Lepas tu baru boleh bakar dgn suhu 170C selama 15 minit api bawah dan 5 minit api atas saja...pastikan oven panaskan dulu sebelum membaking ok...
Utk roti kismis tu...campurkan kismis bersama tepung dah bahan2 lain dan uli ye
Slmt mencuba
Tuesday, 16 September 2014
KEK MARBLE PANDAN
2 cawan gula kastor
1 sudu kecil ovallete
4 cawan tepung kek
(tepung naik sendiri)
1 kotak pati santan (200ml)
3/4 sudu kecil garam halus
1 sudu besar asen pandan
1 sudu besar coklat emulco(serbuk koko pun boleh)
pewarna hijau