AHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
Bahan2
– 250gm. Tepung Gandum.
– 1 cawan air suam.
– 1/4 sudu kecil yis segera (mauripan).
– 1/2 sudu kecil baking soda.
– 3/4 sudu kecil Allum (tawas).
– 1/2 sudu kecil garam amonia.
– 1 sudu besar minyak masak.
– 1 sudu kecil gara.
– Minyak cukup untuk goreng, Sekurangnya 2-3 inci dalam kuali.
1. Anda memerlukan dua mangkok untuk adunkan bahan-bahan ini. Dalam
satu mangkuk anda isikan dua sudu besar air suam ( dari 1 cawan air).
Isikan kristal allum dan cairkan menjadikan larutan. Kristal yang tak
larut dibuang.
2. Dalam satu mangkok yang lain anda masukan air suam dalam 2 besar (air
suam dari 1 cawan), isikan baking powder, soda dan juga garam. Tindak
balas akan berlaku menjadikan larutan ini berbueh. Masukkan sekali
larutan allum yang disediakan dalam mangkok pertama garam amonia.
3. Dalam bekas lain masukkan yis, gula dan 1 sudu besar air suam. Tunggu dalam 5 minit.
4. Buatkan kolam ditengah tepung dan masukkan larutan dari mangkok
Baking powder, soda, allum, garam dan garam amonia. dan juga yis dan
gula. Kita buat proses ini untuk tepung tidak melekit semasa uli.
5. Mulakan ulian. Ulian perlu cepat cuma dalam 2-3 minit saja kerana
kita tidak mahu gas dibebaskan di udara. Sebenarnya kita perlu gas itu
berada di dalam tepung sehingga kita goreng.
6. Bila doh dibentuk..bahagikan kepada dua bahagian yang sama. Sapu
minyak pada kedua-dua permukaan doh dan masukkan dalam bag plastik
dengan ketat. Supaya gas dari tindak-balas tidak terkeluar. BIARKAN
SELAMA 4 JAM. Sekali sekala dalam 30 minit picit-picitkan bekas plastik.
No comments:
Post a Comment